Friday 5 September 2014

Perlukah Korbankan Cita-Cita Kerana Minat??


Assalamualaikum..Selamat Malam..

Seorang manusia yang normal, cita-cita dan minat memang suatu yang telah ditanamkan dalam diri. Cita-cita setiap manusia pelbagai. Cita-cita memang suatu perkara yang diidamkan merupakan suatu yang indah dan membahagiakan. Ada sesetengah orang bercita-cita untuk menjadi petani yang berjaya walaupun bidang itu sudah ditinggalkan. Itulah dikatakan cita-cita manusia ni pelbagai dan bermula dengan minat.

Antara cita-cita & minat. Yang mana lebih penting? Ok,aku jelaskan lagi apa yang aku ingin katakan di sebalik tajuk itu. Cita-cita..Boleh dikatakan impian yang ingin dicapai setelah usaha keras yang kita kerjakan selama ini. Dari saat pertama melalui proses pembelajaran hingga la ke saat melangkahkan kaki keluar dari menara gading, bagi aku, semua itu adalah untuk mencapai cita-cita..

Proses pembelajaran pula adalah berperingkat..Ada yang bermula dari tadika atau pra sekolah, ke sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi/pra universiti/diploma dan seterusnya ke universiti untuk mengikuti kursus pengajian yang diminati & ingin diceburi di masa depan..Mungkin bila berada dan menuntut di pusat pengajian tinggi atau politeknik atau universiti, kita sudah mula memikirkan bidang apa yang kita akan ceburi selepas tamat pengajian nanti..Mungkin jurutera, doktor, arkitek, guru/pensyarah, pengawai bank dan lain-lain lagi..Semua yang aku perkatakan itu adalah berkaitan dengan cita-cita..

Bagaimana dengan minat pula?

Minat itu hadir tanpa mengira waktu dan berubah-ubah tapi pasti akan ada minat yang membuatkan kita sentiasa & seronok melakukannnya tanpa rasa jemu..Pengaruh minat ini ada kemungkinan untuk mengubah cita-cita yang ingin kita capai selama ni..Kerana merasakan minat itu lebih sesuai dengan diri, maka cita-cita asal dilupakan..Contohnya, macam aku sekarang, aku menuntut di politeknik dalam jurusan perakaunan dan minat yang masih aku rasakan tegar sekarang ialah mungkin ber'blogging..Haruskah aku melupakan cita-cita aku selama ini hanya untuk menumpukan sepenuh masa kepada ber'blogging, menjadi full time blogger & membina masa depan dengan ber'blogging, networking dan apa-apa yang berkaitan dengannya?

Ya, buat apa pun kalau ada kesungguhan pasti akan berjaya..Orang kutip tin & botol kosong kat tepi-tepi jalan pun boleh jadi kaya. Tapi, berbaloikah ketepikan cita-cita tu hanya kerana minat? Perkara seperti ini tak mustahil untuk berlaku. Mungkin ada yang mendapat restu dari ibu bapa. Ada yang melupakan pelajaran & cita-cita hanya kerana ingin menjadi artis. Sepatutnya nanti berpeluang untuk menjadi peguam atau doktor, tapi kerana minat untuk menjadi seorang artis, apa boleh buat kan?

Ok, ketepikanlah dulu tentang mendapat restu dari kedua ibu & bapa..Cuba fikirkan (aku selalu fikirkan pasal ni & memikirkan pasal ni la yang membuatkan aku takkan mengalah even terjatuh beberapa kali sekalipun), bermula dari saat pertama kita belajar,masa kat tadika dulu hingga la ke saat terakhir di menara gading atau pusat pengajian tinggi, dah berapa banyak wang & harta ibu bapa kita yang dihabiskan untuk kita? Belanja pakaian sekolah, wang saku yang diberikan setiap hari, belanja untuk buku itu dan buku ini, yuran itu dan yuran ini, dan bermacam-macam jenis perbelanjaan lagi, dah berapa banyak?

Kalau ada sesiapa yang terrer, pegi ambik kalkulator & kira sekarang berapa banyak dah ibu bapa korang dah habiskan wang & harta mereka semata-mata untuk korang mencapai cita-cita korang tu..Aku dah cuba congak, tu pun kira masa yang sekolah rendah, sehari abah bagi RM2 OR RM3, dalam seminggu 5 hari belajar, sekolah rendah 6 tahun belajar, belum habis kira kepala aku dah pening, tu pun belum masuk belanja untuk ke kelas fardhu ain dan lain-lain lagi.

Apa yang aku ingin cakapkan, terlalu banyak belanja telah dihabiskan untuk kita. Dan di saat-saat akhir, kita ingin merubah cita-cita hanya kerana minat kita. Berbaloikah? Katakan mak & ayah aku bagi keizinan kepada aku untuk fokus kepada ber'blogging, aku akan fikirkan dahulu pengorbanan mereka selama ini. Itu lebih penting.
Jadi, cita-cita itu tetap cita-cita & minat itu minat. Boleh saja untuk lakukan apa yang kita minat, jadikan itu bidang kedua tapi jangan sampai terabai apa yang sepatutnya kita hadapi. Dan yang terbaik adalah, bila tiba masanya untuk kita menentukan jurusan apa yang kita bakal ceburi di universiti atau pusat pengajian tinggi, pilih la mengikut minat kita. Itu yang terbaik. Kalau minat nak jadi pengawai bank, pilihlah perakauanan ke..Kalau minat nak jadi doktor, pilihlah jurusan perubatan ke,..So, korang kejarla cita-cita korang…






Thursday 12 June 2014

Deman Fifa World Cup 2014 Brazil




Deman Piala Dunia sudah bermula.  Musim Piala Dunia 2014 akan berlangsung mulai 12 Jun 2014 sehingga 13 Julai 2014 bertempat di Stadium Brazil.  Undian akhir kumpulan telah pun dibuat pada 7 Disember 2013 di Costa do Sauipe, Bahia, Brazil.  Berikut adalah jadual rasmi piala dunia 2014 sebagai panduan dan rujukan kepada semua peminat fanatik bola sepak....




Piala Dunia 2014
Tuan Rumah : Brazil
Tarikh : 12 Jun hingga 13 July 2014
Negara Bertanding : 28 Pasukan
Venue 12: Sao Paulo, Natal, Salvador, Cuiaba, Belo Horizonte, Fortaleza, Manaus, Recife, Brasilia, Porto Alegre, Rio De Janeiro, Curitiba....






Wednesday 11 June 2014

Resepi Potato Wedges Ala KFC




Bahan-bahan:

Kentang (Sebanyak yang diperlukan untuk makan)
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam

Cara - Cara Membuat :

1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal akan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.

2. Rebuskan kentang di dalam air.Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa,apapun jangan la banyak sangat.Ada yang kata tak perlu direbus.Tapi bagi Chef perlu untuk melembutkan tekstur kentang.

3. Keluarkan kentang dari rebusan.Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang.Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.

4 Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.

5.Kentang-kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam
lagi pedas.Peringatan kat sini,tepung gandum jangan letak air..Hehe.Masa Chef cuba resepi ini.Chefmmasukkan air.Tiada siapa yang ajar,manalah chef tahu.Sebabnya,kentang dah basah,nanti tepung tak lekatpada kentang.

6. Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat. 

Selamat Mencuba....





Resepi Tart Nenas Gulung




Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi mencuba.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem:

2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:

1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:

125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus

Cara-Cara Membuat:

Cara-cara untuk jem nenas:

1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.

2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

3. Cara-cara untuk bahan hiasan:

4. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:

1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.

4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. 

5. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

6. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.


Selamat Mencuba.....







Kek Coklat Badam/Almond




Bahan A:

1 Cawan Susu Coklat (Dutch Lady)
1cawan Minyak Masak
¾ Cawan Gula Castor
¾ Coklat Bar
½ Sudu Kecil Coklat Emulko (Pilihan)
½ Cawan Susu Pekat Manis
¾ Cawan Serbuk Koko

Bahan B:

4 Biji Telur Putih Sahaja

Bahan C:

1 ¼ Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu Kecil Baking Powder

Bahan D: Untuk Toping

1 Sudu Kecil Magerin
¼ Cawan Susu Coklat 
¼ Cawan Susu Pekat Manis
¼ Coklat Bar
Rice Chocolate
Badam

Cara-Cara Membuat:

1. Cairkan Coklat Bar Guna Teknik “Double Boiler”.
2. Masukan Semua Bahan A Ke Dalam Mangkuk Dan Kacau Sehingga Sebati. Panaskan Di Atas Api Yang Sederhana Kecil Selama 1-2 Minit.
3. Ayak Bahan C Dan Tuangkan Ke Dalam Bahan A.
4. Pukul Telur Sehingga Kembang Dan Masukkan Ke Dalam Adunan.
5. Kukus Adunan Selama 50 Minit- 1 Jam.

Cara Membuat Toping

1. Cairkan Bahan D Sehingga Sebati Dan Tuangkan Ke Atas Kek. Hiaskan Kek Dengan Rice Chocolate Dan Badam.

Selamat Mencuba.....



Puding Triffle



Bahan Kek Sponge :

200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard :

200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :

1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :

1 tin besar buah2an koktel, ditoskan..

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gula hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, 
Susun kek dalam bekas..Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur buah koktail. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...

Selamat Mencuba.........



Puding Laici



Bahan-Bahan :

1 tin buah laici,dikisar bersama airnya
1 liter air
10 gram serbuk agar-agar
1 sb gula pasir
1/2 cawan susu pekat krimer manis
Tinggalkan sikit buah laici untuk hiasan

Cara-Cara Membuat :


1. Panaskan air bersama serbuk agar-agar


2. Masukkan gula dan susu,kacau sebati


3. Bila sudah mendidih,padamkan api


4. Masukkan buah laici yang dikisar

5. Kacau dan tuang ke dalam bekas

6. Bila dah sejuk,masuk dalam peti sejuk dan boleh la dihian dengan lebihan buah laici tu..

Selamat mencuba!











Biskut Cornflakes Madu





Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-Cara Membuat:

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Selamat Mencuba..........












Aiskrim Coklat




Bahan - Bahan:

4 kuning telur
1/2 cawan gula
500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
250 gm krim putar (whiping cream)


Cara - Cara Membuat :

1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.

2. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).

3. Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).

4. Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.

5. Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.

6. Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...


Selamat Memcuba....











Minuman Coconut Shake




Bahan-Bahan ( lebih kurang 5 org minum )

1 biji kelapa muda (tuangkan air dan isinya)
ais (untuk di blender) 
susu cair (depend kepada korang nak manis ke tak)
aiskrim perasa vanila (nak coklat pon boleh tapi coklat la nanti)
gula pasir sikit

Cara-Cara Membuat :

1.masukkan isi kelapa dan air kelapa ke dalam blender. Kemudian blend lebih sehingga halus dan hancur
2.kemudian, masukkan gula pasir dan susu cair mengikut kesesuaian anda dan blend sekali lagi
3.nak lagi sedap blend sekali dengan ais
4.letakkan ice krim diatasnya dan taburkan sedikit hiasan diatasnya.
5.minum dan jangan lupa baca bismillah...



Selamat Mencuba.....











Kek Coklat Kukus



Bahan Bahan :

1 tin susu cair 
200 gm minyak sayuran 
250 gm susu pekat 
100 gm serbuk koko

4 biji telur
250 gm gula kaster 
150 gm tepung gandum 
1sk soda bikarbonat 
1 sk baking powder

Cara-Cara Membuat:

1.Campurkan kesemua bahan masak dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.

2.Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.

3.Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.

4.Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

5.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.



Untuk Chocolate Ganache :

 
3/4 cawan susu
1/3 cawan butter
8 oz chocolate chips

Cara-Cara Membuat:

1.Cairkan butter dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. 


2.Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair,

3.kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan.














Almond London



Resepi Almond London ini adalah resepi kuih raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya. 

Bahan-Bahan:

250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
450 gram tepung gandum
2 sudu teh emplex
1 1/4 cawan gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
Bahan untuk disalut
450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
1/2 sudu besar lemak sayur
Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
Paper cup bersaiz kecil

Cara- Cara Membuat:

1.Ayak tepung gandum bersama emplex.
 

2.Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
 

3.Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
 

4.Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
 

5.Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
 

6.Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
 

7.Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

Selamat Mencuba…..