Friday 5 September 2014

Perlukah Korbankan Cita-Cita Kerana Minat??


Assalamualaikum..Selamat Malam..

Seorang manusia yang normal, cita-cita dan minat memang suatu yang telah ditanamkan dalam diri. Cita-cita setiap manusia pelbagai. Cita-cita memang suatu perkara yang diidamkan merupakan suatu yang indah dan membahagiakan. Ada sesetengah orang bercita-cita untuk menjadi petani yang berjaya walaupun bidang itu sudah ditinggalkan. Itulah dikatakan cita-cita manusia ni pelbagai dan bermula dengan minat.

Antara cita-cita & minat. Yang mana lebih penting? Ok,aku jelaskan lagi apa yang aku ingin katakan di sebalik tajuk itu. Cita-cita..Boleh dikatakan impian yang ingin dicapai setelah usaha keras yang kita kerjakan selama ini. Dari saat pertama melalui proses pembelajaran hingga la ke saat melangkahkan kaki keluar dari menara gading, bagi aku, semua itu adalah untuk mencapai cita-cita..

Proses pembelajaran pula adalah berperingkat..Ada yang bermula dari tadika atau pra sekolah, ke sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi/pra universiti/diploma dan seterusnya ke universiti untuk mengikuti kursus pengajian yang diminati & ingin diceburi di masa depan..Mungkin bila berada dan menuntut di pusat pengajian tinggi atau politeknik atau universiti, kita sudah mula memikirkan bidang apa yang kita akan ceburi selepas tamat pengajian nanti..Mungkin jurutera, doktor, arkitek, guru/pensyarah, pengawai bank dan lain-lain lagi..Semua yang aku perkatakan itu adalah berkaitan dengan cita-cita..

Bagaimana dengan minat pula?

Minat itu hadir tanpa mengira waktu dan berubah-ubah tapi pasti akan ada minat yang membuatkan kita sentiasa & seronok melakukannnya tanpa rasa jemu..Pengaruh minat ini ada kemungkinan untuk mengubah cita-cita yang ingin kita capai selama ni..Kerana merasakan minat itu lebih sesuai dengan diri, maka cita-cita asal dilupakan..Contohnya, macam aku sekarang, aku menuntut di politeknik dalam jurusan perakaunan dan minat yang masih aku rasakan tegar sekarang ialah mungkin ber'blogging..Haruskah aku melupakan cita-cita aku selama ini hanya untuk menumpukan sepenuh masa kepada ber'blogging, menjadi full time blogger & membina masa depan dengan ber'blogging, networking dan apa-apa yang berkaitan dengannya?

Ya, buat apa pun kalau ada kesungguhan pasti akan berjaya..Orang kutip tin & botol kosong kat tepi-tepi jalan pun boleh jadi kaya. Tapi, berbaloikah ketepikan cita-cita tu hanya kerana minat? Perkara seperti ini tak mustahil untuk berlaku. Mungkin ada yang mendapat restu dari ibu bapa. Ada yang melupakan pelajaran & cita-cita hanya kerana ingin menjadi artis. Sepatutnya nanti berpeluang untuk menjadi peguam atau doktor, tapi kerana minat untuk menjadi seorang artis, apa boleh buat kan?

Ok, ketepikanlah dulu tentang mendapat restu dari kedua ibu & bapa..Cuba fikirkan (aku selalu fikirkan pasal ni & memikirkan pasal ni la yang membuatkan aku takkan mengalah even terjatuh beberapa kali sekalipun), bermula dari saat pertama kita belajar,masa kat tadika dulu hingga la ke saat terakhir di menara gading atau pusat pengajian tinggi, dah berapa banyak wang & harta ibu bapa kita yang dihabiskan untuk kita? Belanja pakaian sekolah, wang saku yang diberikan setiap hari, belanja untuk buku itu dan buku ini, yuran itu dan yuran ini, dan bermacam-macam jenis perbelanjaan lagi, dah berapa banyak?

Kalau ada sesiapa yang terrer, pegi ambik kalkulator & kira sekarang berapa banyak dah ibu bapa korang dah habiskan wang & harta mereka semata-mata untuk korang mencapai cita-cita korang tu..Aku dah cuba congak, tu pun kira masa yang sekolah rendah, sehari abah bagi RM2 OR RM3, dalam seminggu 5 hari belajar, sekolah rendah 6 tahun belajar, belum habis kira kepala aku dah pening, tu pun belum masuk belanja untuk ke kelas fardhu ain dan lain-lain lagi.

Apa yang aku ingin cakapkan, terlalu banyak belanja telah dihabiskan untuk kita. Dan di saat-saat akhir, kita ingin merubah cita-cita hanya kerana minat kita. Berbaloikah? Katakan mak & ayah aku bagi keizinan kepada aku untuk fokus kepada ber'blogging, aku akan fikirkan dahulu pengorbanan mereka selama ini. Itu lebih penting.
Jadi, cita-cita itu tetap cita-cita & minat itu minat. Boleh saja untuk lakukan apa yang kita minat, jadikan itu bidang kedua tapi jangan sampai terabai apa yang sepatutnya kita hadapi. Dan yang terbaik adalah, bila tiba masanya untuk kita menentukan jurusan apa yang kita bakal ceburi di universiti atau pusat pengajian tinggi, pilih la mengikut minat kita. Itu yang terbaik. Kalau minat nak jadi pengawai bank, pilihlah perakauanan ke..Kalau minat nak jadi doktor, pilihlah jurusan perubatan ke,..So, korang kejarla cita-cita korang…






2 comments:

ratu pimples said...

Tapi kalau dalam cita-cita tu ade minat. InsyaAllah senang nak grab. Istikharah is the best :)

Nurhazlin Hussein said...

Sebab minatlah, ada cita-cita tu kan. Happened to many people ;) Nice writing :)