1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka
mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu
sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa
menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga
mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam
Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya
adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua,
adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka
sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan
keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka.
Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah
samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab
atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu
bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia
perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah
berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada
sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka.
Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak.
Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur
dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah
iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa
untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal,
seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan,
berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki
yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang
mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat
memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa
adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati
seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi
mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam
berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh
perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi
mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Rajin
Apabila sudah berkahwin
nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah.
Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si
dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan
sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin
membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
10. Romantik
Dan akhir sekali,
perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai
mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun
perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu.
Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang
tahun kelahiran si dia nanti.
11. Kepercayaan
Perempuan inginkan
kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk
dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan
anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
12. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau
tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang
lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik
menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
13. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan
yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri
mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik.
Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
14. Memahami
Sering berlaku pergaduhan
disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda
menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan
dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri
anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
15. Memimpin
Seorang lelaki perlu
pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga
tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat
si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
16. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan
adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup
mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat
bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si
dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
17. Perhatian
Yang seterusnya,
perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka
inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan
perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas
dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
18. Perlindungan
Perempuan adalah insan
yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan
perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan
melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan
tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
Copy & Paste Dari Internet..

Tweet
2 comments:
Setuju !
Dan begitulah yang sebaliknya lelaki nakkan daripada kita jugakkan :)
betul tu ^^ yang penting beragama juga..supaya dapat bimbing kita ke arah yang lebih baik
Post a Comment